Buat
pertama kalinya, Kelab ICT ditubuhkan di Sekolah
Menengah Rendah Agama Repah (SMART) pada awal tahun 2010. Kelab
ini ditubuhkan selaras dengan pengenalan matapelajaran Information,
Communication & Technology atau ICT diperkenalkan di sekolah ini
bermula Januari 2010.
Penubuhan
kelab ini juga mendapat bantuan besar dari Telekom Malaysia (TM)
yang telah memberikan bantuan
kepada pihak sekolah dengan memperuntukkan 13 buah komputer baru
berserta dengan capaian jalur lebar streamyx 1.0Mbps dalam membantu
kemajuan, sistem pembelajaran dan pengajaran yang lebih dinamik
dan berdaya saing.
Pelbagai
aktiviti telah dijalankan pada tahun ini antaranya ialah mengadakan
perjumpaan mingguan dan melantik ahli jawatankuasa kelab, kelas
pengenalan komputer, pengenalan kepada komponen komputer, kelas
asas perisian seperti Microsoft Power Point, Word & Excel, pertandingan
rekabentuk persembahan dengan menggunakan Power Point, Kuiz ICT,
kelas asas pembinaan halaman web menggunakan perisian Dreamweaver,
kelas
asas animasi, dan penyediaan kertas kerja lawatan. Aktiviti-aktiviti
yang dirancang ini telah dapat dilaksanakan dan ianya telah banyak
membantu para pelajar, guru serta komuniti dalam dunia ICT.
KELAB
PENCINTA ALAM
Kelab
Pencinta Alam, Sekolah Menengah Rendah Agama Repah (SMART) telah
ditubuhkan pada awal tahun 2010. Kelab Pencinta
Alam merupakan sebuah kelab yang aktif dalam melaksanakan aktiviti
berkaitan dengan alam sekitar.
Kelab
Pencinta Alam ini diterajui oleh Cik Ros Amira bt Idris dengan
dianggotai daripada pelajar tingkatan 1,2,3 dan 4 sahaja.
Objektif penubuhan Kelab Pencinta Alam ini adalah untuk mendidik
dan memupuk perasaan menghargai alam sekitar agar pelajar-pelajar
dapat menjadi insan yang prihatin serta bertanggungjawab terhadap
penjagaan alam sekitar. Kelab ini telah mengadakan beberapa aktiviti
sepanjang tahun 2011 di antaranya:
• TM Earth Camp.Aktiviti ini dianjurkan oleh TM di Kawasan Rekreasi
Ulu Yam. Aktiviti ini melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia
termasuk Sabah dan Sarawak.Dalam
aktiviti ini pelajar-pelajar dapat
mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama
lain dan pelajar
juga dapat mengenali dengan lebih dekat tumbuh-tumbuhan yang terdapat
di Malaysia.
• Tanaman Landskap “Bumiku”.
Aktiviti ini juga merupakan salah satu daripada anjuran TM. Aktiviti
seperti menanam
sayur-sayuran dijalankan di sekitar kawasan Sekolah Menengah Rendah
Agama Repah. Dengan aktiviti inI pelajar dapat menarik minat mereka
untuk menanam disamping menyahut seruan kerajaan.
KELAB
KESENIAN & KEBUDAYAAN
Kelab
Kesenian dan Kebudayaan, Sekolah Menengah Rendah Agama Repah (SMART)
ditubuhkan pada awal tahun 2010 dan merupakan sebuah kelab yang
aktif melaksanakan
aktiviti yang berkaitan dengan seni dan budaya di sekolah secara
langsung atau tidak langsung.
Kelab
ini telah mengadakan beberapa aktiviti sepanjang tahun 2011, antaranya
ialah :
Perlantikan
ahli jawatan kuasa kelab bagi setiap pelajar
Lakonan
tentang seni dan budaya
Latihan
kompang diketuai oleh ketua iaitu En.Su Hamzah bin Talib
Selain
itu,kelab ini juga telah diterajui oleh guru-guru seramai 5 orang
dengan keahlian dianggotai daripada pelajar tingkatan 1,2,3 dan
4.
KELAB
BIMBINGAN & KAUNSELING
Kelab
Bimbingan dan Kaunseling, Sekolah Menengah Rendah Agama Repah (SMART)
ditubuhkan dengan bertujuan
untuk mengatasi murid daripada terus melakukan masalah atau pekara
yang negatif. Sepanjang pertubuhan kelab ini, masalah pelajar di
sekolah dapat di atasi.
Sepanjang tahun 2011 kelab ini telah mengadakan beberapa aktiviti
yang menarik.antaranya ialah:
Aktiviti
explorace
Mengenali
masalah pelajar
Pemilihan
badan pembimbingan rakan sebaya
Lawatan ke pusat bimbingan
kaunseling
Selain
itu,kelab ini juga diterajui oleh kaunselor sekolah agama repah
dengan keahlian dianggotai daripada pelajar tingkatan 1,2 dan 3.